Saturday, October 31, 2009

Penggunaan OpenOffice Di Sektor Awam

Salam
Posting ini menjawab persoalan sesetengah orang yang kehairanan akan ujudnya OO ni. Malah ada yang berkata tak pernah dengar pun OO ni.
Badan rasmi yg menggerakkan OSS dalam Kerajaan adalah Malaysian Administration Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) & laman web rasmi utk kegiatan ini adalah http://opensource.mampu.gov.my  dan  http://www.oscc.org.my/ (klik untuk maklumat detail)

PETIKAN AKHBAR
Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) MAMPU, Tan King Ing.
* * ***************************
Pengguna OpenSource Kerajaan (antaranya)
RTM, Perhilitan, SUK Perak, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Kraftangan, Kastam Selangor, Institut Penilaian Negara (INSPEN, MAMPU, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri dll. Yang terbaru semua PC kat PARLIMEN pun guna Linux Ubuntu bersama OpenOffice..
Senarai Penuh
JPN Terengganu (dah diperkenal keseluruh sekolah di sana) Berita Lanjut

Terkini saya dapat maklumat dari rakan yang sama2 kursus di OSCC baru2 ni PENANG akan guna Openoffice sepenuhnya pada tahun 2011 (dpt jimat RM700,000 untuk kos beli lesen/ Perlis bila lagi???hahaha)

Sekian harap maklum

Friday, October 30, 2009

Quran In OpenOffice (QIOO)


Posting ini saya ambil dan ubahsuai  dari laman sahabat saya di Indonesia.Terimakasih agusw.
Setelah menunggu lama akhirnya ada juga yang berbaik hati membuat Quran in Open Office, sejibik macam Quran In Word. Setelah membaca readme-nya ternyata cukup mudah untuk mengisntall aplikasi ini.

Caranya yaitu download aplikasi tersebut dengan mengunjungi laman QIOO di http://code.google.com/p/qioo kemudian extraklah (klik 2 kali atau guna winzip / winrar / 7zip cthnya).

Kursus OpenSource


eye...saya dan partner2 in crime Syakirin, Juwaidy n marzita baru habis kursus Certified OpenOffice.org and Linux Desktop kat OSCC (Open Source Competency Centre) Cyberjaya. Pada hari terakhir siap ada test lagi. 2 paper kena ambik, amali ngan teori. Fuh berasap jugak... Sapa2 berminat boleh la layari OSCC.

Thursday, October 29, 2009

Tips Berhijrah Ke Openoffice.org

Salam

Saya ada jumpa tips2 yang bagus bagi mereka yang akan berpindah dari Microsoft Office ke OpenOffice yang mantap, hebat, menarik dan yang penting FREE. Cuma tak sempat translate lagi.

Untuk lihat tips klik  disini

Wednesday, October 28, 2009

Lajukan Proses Mula (Startup) OpenOffice

Salam dunia buat semua pengguna Openoffice. Selalunya bila kita mula membuka mana2 aplikasi Openoffice kita terpaksa menunggu agak lama kan! Di sini saya sertakan satu cara untuk melajukan proses tersebut. Tweak yang kita akan buat ini akan memakan memori, oleh itu hanya disyorkan jika komputer anda mempunyai RAM 1Gb ke atas. Jika tidak?? Tambah RAM hehe..
Langkah2:


  1. Start OpenOffice (boleh buka mana-mana aplikasi = Calc, Impress, atau Writer )
  2. Click Tools>Options
  3. Cllick Tab  Memory dan tukarkan nilai berikut:
  • Number of steps: 30
  • Use for Open Office: 128
  • Memory per Object: 20
  • Number of Objects: 20

Lepas tu tutup aplikasi tersebut dan buka semula,  lihatlah dunia...perbezaan masa yang diambil... Selamat Mencuba.

Monday, October 26, 2009

Check Mozilla Firefox Update

Salam, bagi pengguna Firefox, anda wajib update pluhin yang anda guna agar sentiasa updated. kenapa?? Sebab plugin yang outdated boleh digunakan oleh penjahat2 sebagai laluan untuk mencuri maklumat atau mencoroboh komputer anda tanpa anda sedari.

Why should I update my Plugins?
  • Old Plugins can interrupt browsing and waste your time.
  • Old Plugins increase your risk for attack by malware, viruses, and other security threats.
  • Updated Plugins have improvements that make the web better and safer for you.

Lawati  http://www.mozilla.com/en-US/plugincheck/

Laman tu akan senaraikan plugin anda yang out of date, anda hanya perlu klik pada butang UPDATE sahaja.

Tiada Update Minggu Ini

Maaf tiada update minggu ni (26-30 Okt) , saya berkursus
Certified OpenOffice & Linux Desktop
di OSCC Cyberjaya

Friday, October 23, 2009

Yahoo Messenger Kena Block??

Jangan susah, gunakan klien multi-IM yang berdasarkan web iaitu  imo.im. Imo ni menyokong
MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook. Anda juga boleh download client desktop Imo ni jika tidak mahu menggunakan laman webnya.

Laman web imo.im

LunaScape5 : Web Browser Baru

Selain dari Internet Explorer ramai jugak yang gunakan Mozilla Firefox,Opera dan Safari untuk melayari internet. Hari ni saya nak maklumkan satu lagi pelayar yang powerful iaitu LunaScape 5. LunaScape 5 ni menggunakan 3 enjin iaitu  Trident + Gecko + Webki. Apa tu?? Lihat perbandingan ini:
  • IE menggunakan Trident
  • Firefox menggunakan Gecko
  • Chrome dan Safari menggunakan Webkit
Walaupun menggunakan 3 enjin, LunaScape ni lebih laju.


Lihat rajah perbandingan ini.

Bagi mereka yang menggunakan Connection yang slow seperti Dial UP( ada lagi ka orang pakai Dial Up ni??) dicadangkan guna Standard Installer dan bagi yang guna Broadband gunakan  Extended installer.
Tunggu apa lagi. 
Download DI SINI.

 

Sunday, October 18, 2009

Download Dari RapidShare Tanpa Premium Akaun


JDownloader adalah  opensource, dan diprogramkan sepenuhnya menggunakan Java. Ia memudahkan proses muaturun dari ' One-Click-Hosters' macam Rapidshare.com - bukan hanya untuk mereka yang ada premium account tetapi juga untuk mereka yang tidak membayar. Ia menawarkan muaturun berbilang saluran ( multiple paralell streams), tidak perlu menaip kod (captcha recognition), ekstrak fail secara  automatic dan banyak lagi. Dan yang pentingnya, macam biasa... ia FREE. Anda juga boleh menggunakannya untuk muaturun dari Megaupload, Hotfile dan Netload

Download software kat sini http://jdownloader.org/

Tutorial langkah demi langkah

Saturday, October 17, 2009

Ms Office (RM!!) vs OpenOffice (FREE!!)

Salam

Lagi tentang OpenSource he..he.. Kali ini saya nak kongsi tentang satu perisian yang boleh dikatakan WAJIB ada dalam PC/Notebook kita iaitu Perisian Pejabat yakni Microsoft Office. Kalau takdak dia ni, tak bolehlah kita nak buat kerja. Kalau kita beli PC baru dan tidak dipakejkan sekali Microsoft Office ni, terpaksalah kita membeli (atau pakai yang "CetakRompak/Pirate/Haram" ) dan Install dalam PC kita. Berapa harganya??

Friday, October 16, 2009

PERISIAN OPEN SOURCE

Kalau anda perasan, semua artikel mengenai Perisian yang saya promote dalam blog saya ni adalah dari kumpulan FREEWARE yang berdasarkan kepada Sumber Terbuka (Open Source). Apa itu Open Source??

Sebelum saya menjelaskan tentang open source saya akan menjelaskan pengertian source. Source adalah perintah-perintah yang digunakan untuk membuat aplikasi(software). Jadi open source adalah source yang terbuka. Maksudnya bila kita dapat mengetahui source pengaturcara suatu software maka itu disebut open source. Tapi tidak cukup dengan hanya mengetahui saja tapi kita bebas menggunakan, mengembangkan, menyebarluaskan atau menggandakan aplikasi tersebut tanpa harus membayar royalti atau lesen kepada pembuat aplikasi tersebut.

Thursday, October 15, 2009

Tukar Size Gambar

Image Resizer Clone Powertoy
ialah satu aplikasi percuma menukar saiz gambar. Anda boleh menukar satu atau lebih (bulk) gambar pada satu-satu masa. Ia direka dengan meniru fungsi Microsoft Image Resizer Powertoy untuk Windows XP. Perisian ini boleh diguna pada Windows Vista, 7 dan semua 64 bit Windows OS.
Cara menggunakannya sanganlah MUDAH. Anda hanya perlu klik kanan (right click) pada gambar dan pilih "Resize Pictures". Ikuti Contoh bergambar dibawah:}



ANda boleh mencuba size yang dotawarkan sehingga sesuai dengan keperluan anda.

Download Freeware ini. (Satu lagi Keluaran Open Source)

Monday, October 12, 2009

Pencuci PC Yang Berkuasa

Sebenarnya apabila telah lama kita gunakan PC kita, wujud banyak fail2 yang tidak perlu tanpa kita ketahui (temporary file).

Apakah itu temporary file?


Melajukan Komputer (Windows)

Salah satu cara mudah melajukan windows adalah dengan mempercepatkan proses Swapfile.
Jika anda memiliki RAM lebih besar dari 256MB, berani saya katakan (saya dah buat) tweaking(ejas) ini akan membuat sistem anda beroperasi lebih cepat. Tweaking ini pada dasarnya mengarahkan PC kita menggunakan setiap byte dari memori fizikal yg terpasang di komputer kita, SEBELUM mengunakan swap file. Caranya:

Vista, Windows 7 atau Ubuntu?


Ada sorang anak murid (pijoyz) tanya mana best antara ketiga2 OS tu. Nak jawab panjang tapi letakkan link kat sini. Klik link dibawah untuk baca ya..

benchmarked-ubuntu-vs-vista-vs-windows-7
== (English tapi banyak gambarajah utk senang faham)

asas-asas-ubuntu-perbandingan-dengan.html
windows-vista-termasuk-dalam-top-ten
perbandingan vista dan Ubuntu
perbandingan-sistem-operasi
== B Melayu

Sunday, October 11, 2009

Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

Windows menyediakan cara yang mudah untuk uninstall sesuatu program, iaitu melalui Start Menu > Control Panel > Add or Remove Programs. Namun cara ini tidak dapat membuang program itu sepenuhnya. Ini kerana apabila Windows uninstall program tersebut, ia akan meninggalkan registry serta fail-fail yang tidak berguna di dalam hard disk. Semakin banyak registry serta fail sampah ini, komputer akan menjadi semakin lembab.

revo-01

Revo Uninstaller dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Revo Uninstaller bukan sahaja dapat uninstall sesuatu software, malah ia akan membuang segala fail, folder, serta registry yang ditinggalkan oleh software tersebut. Dengan cara ini, komputer anda akan lebih bersih dari sampah-sarap yang ditinggalkan oleh perisian-perisian itu.

dapatkan revouninstaller

Tutorial Penuh di sembangkomputer (Tkasih)

Senaman Buat Penunggu Setia Komputer

Anda pengguna komputer 'hardcore"? Menghabiskan masa berjam-jam menggunakan komputer? Jika ya, senaman dibawah penting untuk anda untuk mengelakkan sakit urat atau 'stress'.....Badan Sihat Otak Cerdas Akai Jenuh........ Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 1, 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer. atau lakukan nya sekiranya anda sudah berasa letih. InsyaAllah anda akan cergas kembali.



Friday, October 9, 2009

Capture Gambar Dengan Mudah dan Cepat dengan MWSnap.


Jika anda sering berurusan dengan penangkapan gambar di screen atau capture. Freeware ini mungkin patut anda guna. Saya sendiri telah bertahun menggunakannya terutama ketika menyediakan tutorial . Biasanya pengguna gunakan PrintScreen untuk menangkap keseluruhan gambar yang ada di layar monitor, dan Alt+PrintScreen untuk menangkap sebuah jendela yang sedang aktive, tetapi freeware ini memberikan lebih banyak pilihan. Saya tidak bercadang untuk membuat tutorial MWSnap di sini tetapi saya akan link kan ke tutorial (simple dan senang difahami) yang saya jumpa.

Sila download dahulu : MWSnap atau MWSnap

Tutorial : Tutorial 1 Tutorial 2

Test Drive Windows 7 Percuma 90 Hari

Sana sini di kalangan techie komputer sedang berbuih-buih mulut dok bercerita tentang Windows 7. Anda tahu Windows 7?? Tak tahu?? Hehe..anda tahu lah anda dalam kumpulan mana dalam dunia IT ni. Okey, pada 22 Oktober ni Microsoft akan melancarkan Windows baru iaitu Windows 7 (seven bukan seben).
Kalau anda belum lagi mempunyai atau menggunakan Windows 7 RTM, di sini satu peluang untuk anda untuk menikmati satu versi penuh 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise.
Microsoft menawarkan 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise untuk pengguna supaya anda boleh menguji perisian dan perkakasan anda pada Windows 7. Ianya dalam kedua-dua versi iaitu 32 bit dan 64bit.

Garis Panduan Untuk Mencuba

  • Back up semua data dan jangan test pada komputer rasmi atau pejabat anda (nanti kalau jadi apa-apa Bos marah)
  • Anda perlu activate dalam masa 10 hari selepas install. Jika tidak, komputer anda akan shut down setiap 1 jam. Camana nak update? KLIK SINI
  • Ini adalah versi penuh Windows 7.
  • Windows ini hanya boleh dipakai selama 90 hari sahaja. Jika tidak ia akan shut down setiap satu jam.
  • Selepas 90 hari jika anda berminat, anda kena beli yang lain dan kena install semula.
Keperluan Sistem Komputer
  • 1 GHz or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
  • 1 GB of RAM (32-bit) / 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available disk space (32-bit) / 20 GB (64-bit)
  • DirectX 9 graphics processor with WDDM 1.0 or higher driver
  • DVD-compatible drive
Tawaran ini berdasarkan "while stocks last", kalau nak cuba cepat2 la DOWNLOAD

Avira AntiVir Personal Versi 9 (FREE)



Salam

Pengumuman Penting (chewah...). Avira baru2 ni telah melancarkan Avira AntiVir Personal Versi 9. Ini adalah versi yang terkini. Sebagai pengguna tegar Avira sejak sekian lama, saya sangat gembira. Ini kerana Avira AntiVir Personal ni turut dilengkapi dengan ANTISPYWARE juga secara percuma. Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Ia turut ditambah dengan teknik scan terbaru yang membolehkan ia membuka fail yang ‘berkunci’/locked file serta memeriksa sebarang virus/malware di dalamnya.
Ketika saya menulis entry ini, seramai 961,282 pengguna telah download Avira ni dari laman Download.Com. Yang lebih seronoknya ialah tarikh luput Avira versi 9.0.0.386 adalah pada 1 July 2010, jadi lama la lagi kita boleh guna.

Download

Microsoft Security Essentials

Setelah ditunggu sekian lama, hari ini Microsoft secara rasminya melepaskan Microsoft Security Essentials, yang mana dahulunya dikenali sebagai Morro. Melalui aplikasi Security Essentials, Microsoft membolehkan komputer para pengguna dilindungi daripada virus, spyware dan malware secara percuma.

Aplikasi terbaru daripada Microsoft ini menyediakan fungsi perlindungan sekuriti asas untuk setiap komputer yang menggunakan Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma. Pendek kata, Security Essentials ini boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi antivirus versi ringan.

Microsoft Security Essentials
Antaramuka Security Essentials

Microsoft Security Essentials menggunakan fungsi masa-nyata untuk melindungi komputer, selain menjalankan segala proses menggunakan tenaga minimum (Jimat Memori).

Microsoft Security Essentials boleh di DOWNLOAD dan digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma.

thanx: amanz

Thursday, October 8, 2009

Windows Genuine Advantage Notifications

Windows Genuine Advantage Notifications
Anda ada masalah dengan windows genuine advantage notifications? Anda tentu tercari-cari cara untuk membuangnya. Terdapat beberapa cara untuk membuangnya. Anda boleh muat turun program RemoveWGA untuk melakukan proses pembuangan windows genuine advantage notifications.

Macam mana nak buang?

1. Download WGA removal software. KLik Sini!
2. Lepas download ,buka software tu.
3. Tekan Yes ja.
4. Reboot PC. Tengok samada masih ada atau telah hilang.

Tetapi kaedah tersebut kadang kala tidak berjaya. Di sini ada kaedah alternatif untuk membuang windows genuine advantage notifications.

  1. Buka My Computer.
  2. Buka drive C: \
  3. Buka folder Windows.
  4. Buka folder System32
  5. Buang file wgatray.exe dan wgatray tanpa .exe
  6. Buang juga folder KB905474.
  7. Klik pula Start dan klik RUN
  8. Taip pada run REGEDIT
  9. Kemudian pergi ke

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

10. Buang folder wgalogon dan kandungannya sekali.

11. Restart komputer anda.

ps.. Gunalah software yang original atau bertukar ke Open Source (Linux)

Photoshop Tutorial (B Melayu)


Salam,


Ramai orang berminat dengan photoshop, tambah2 bila mereka tengok hasil editing gambar dengan photoshop. Ni saya ada jumpa satu tutorial asas dan yang pentingnya dalam bahasa melayu (dalam bahasa inggeris kan berlambak kat internet...cari sendiri no..). Tutorial ni hanya untuk kumpulan saya budak baru belajar saja, untuk expert dan novice tak perlu lah.

Klik dan download dari sini dan sini juga.

ps.. esok dan lusa / 10-11 Okt ada Cub Prix kat stadium utama, jom layaaannn.... (pssttt....ada awek pegang payung tauu..)

Perisian PERCUMA (Open Source)

Salam Sejahtera

Hari ni saya nak bagitau pasal perisian OPEN SOURCE. Semua perisian geng open source ni sememangnya percuma, tidak perlu lesen, tidak perlu beli dan fungsinya sama dengan yang berbayar, malahan kadang2 lebih baik dari yang kita kena beli. No adware, no spyware, just good software.Kenapa ianya Percuma???? Ini kerana perisian2 ini dibangunkan oleh mereka2 yang anti syarikat2 besar yang memonopoli cthnya syarikat yang dimiliki oleh B*ll Pagar. Dlm kurungan adalah contoh Perisian yang berbayar.

Wednesday, October 7, 2009

PERISIAN BURN CD PERCUMA



CDBurnerXP adalah sebuah software Burning CD/DVD yang fungsinya sama dengan Nero, bagi anda yang selalu membuat kerja-kerja mengeBURN CD atau DVD pasti kenal software ni. Nero ni user Friendly (mudah digunakan), tapi satu kelemahan kelemahan nero ni ialah saiznya sangat besar. Saiz Nero Burning Rom 9.2.6.0 yang terbaru adalah 382.01 Mb.

Sebagai alternatif anda boleh menggunakan Software CDBurnerXP yang ukuran filenya cuma 3.05 Mb, kelebihan software ini adalah selain Freeware(Free la tu) CDBurnerXP juga dapat digunakan untuk mengeburn CD/DVD, Blu Ray, HD-DVDs atau juga file ISO dan File Multimedia yang lain. CDBurnerXP juga support di Windows 2000/XP/2003 Server/Vista/Windows7.

Untuk maklumat lebih detail sila lawati http://www.cdburnerxp.se

Untuk merembat software ni pulak klik sini

p.s. dah install software ni bolehla anda uninstall Nero yang besar saiznya tu secara tak langsung anda dah dapat jimat ruangan harddisk anda

Selamatkan Pendrive

Panda USB Vaccine merupakan sebuah perisian ringkas (USBVaccine.exe) dari syarikat Panda Security untuk melindungi Pendrive/Thumbdrive dari menjadi agen penyebar malware dan virus.

Panda USB Vaccine membantu pengguna memusnahkan fungsi fail Autorun sama ada di PC / Laptop dan di pendrive. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ancaman malware tidak akan merebak ke medium-medium tersebut.

Nak ke program percuma ni??

Anda boleh memuat turun perisian ini secara PERCUMA di URL : [klik]

SELAMATKAN PENDRIVE DAN KOMPUTER ANDA..JANGAN JADI AGEN PENYEBAR VIRUS / MALWARE /SPYWARE

jadilah agen lain (agen jualan langsung ke, agen insuran ke ataupun agen KGB, CIA ke...)

Defragment Komputer Dengan Laju


Seperti anda ketahui salah satu cara mempercepat komputer adalah dengan melakukan defrag macam tips yang sebelum ni. Defrag berfungsi menata dan menguruskan file-file harddisk berdasarkan jenis file untuk mempermudahkan komputer melakukan proses read/write. Sebenarnya windows sudah menyediakan tool defrag sendiri , untuk mencapainya klik Start > Program > Accesories > System Tool > Disk Defragmenter, namun tools dari Windows tersebuat hanya untuk drive hardisk bukan untuk defrag file atau folder padahal dengan melakukan defrag file atau folder akan mempercepat proses kerja hardisk itu sendiri.

Ada alternatif lain sebenarnya, yaitu dengan menggunakan tools yang bernama Defraggler, selain percuma (freeware) tools ini mempunyai banyak kelebihan, antara lain dapat Defrag Individual File, Defrag Free Space, Locate Files on the Drive dan juga support untuk Windows Vista. Selain itu prosesnya lebih cepat sebab hanya

OS : Windows 2000, XP, Vista
Saiz : 6 MB

Download

Melajukan PC anda.

Beberapa kaedah mudah untuk membuat PC anda laju daripada apa yang anda ada. Anda perlu tukar CPU, papan induk (motherboard) dan tambah memori. Segalanya mengikut kemampuan kewangan anda(Perlukan duit tu..). Namun terdapat beberapa petua asas untuk melajukan PC tanpa menukar hardware. Cara-caranya ialah penggunan perisian penghalang Spyware dan Adware, penggunaan perisian antivirus, mengurangkan Startup, penggunaan Defrag, penggunaan ScanDisk, penggunaan perisian percuma yang penting dan kemaskini Windows dan Driver.

1 Penggunaan perisian penghalang Spyware dan Adware
2 Penggunaan perisian antivirus
3 Mengurangkan Startup
4 Penggunaan Defrag
5 Penggunaan Scandisk
6 Penggunaan perisian percuma yang penting
7 Kemaskini Windows dan Driver