Saturday, October 31, 2009

Penggunaan OpenOffice Di Sektor Awam

Salam
Posting ini menjawab persoalan sesetengah orang yang kehairanan akan ujudnya OO ni. Malah ada yang berkata tak pernah dengar pun OO ni.
Badan rasmi yg menggerakkan OSS dalam Kerajaan adalah Malaysian Administration Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) & laman web rasmi utk kegiatan ini adalah http://opensource.mampu.gov.my  dan  http://www.oscc.org.my/ (klik untuk maklumat detail)

PETIKAN AKHBAR
Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) MAMPU, Tan King Ing.
* * ***************************
Pengguna OpenSource Kerajaan (antaranya)
RTM, Perhilitan, SUK Perak, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Kraftangan, Kastam Selangor, Institut Penilaian Negara (INSPEN, MAMPU, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri dll. Yang terbaru semua PC kat PARLIMEN pun guna Linux Ubuntu bersama OpenOffice..
Senarai Penuh
JPN Terengganu (dah diperkenal keseluruh sekolah di sana) Berita Lanjut

Terkini saya dapat maklumat dari rakan yang sama2 kursus di OSCC baru2 ni PENANG akan guna Openoffice sepenuhnya pada tahun 2011 (dpt jimat RM700,000 untuk kos beli lesen/ Perlis bila lagi???hahaha)

Sekian harap maklum

No comments: