Friday, October 9, 2009

Test Drive Windows 7 Percuma 90 Hari

Sana sini di kalangan techie komputer sedang berbuih-buih mulut dok bercerita tentang Windows 7. Anda tahu Windows 7?? Tak tahu?? Hehe..anda tahu lah anda dalam kumpulan mana dalam dunia IT ni. Okey, pada 22 Oktober ni Microsoft akan melancarkan Windows baru iaitu Windows 7 (seven bukan seben).
Kalau anda belum lagi mempunyai atau menggunakan Windows 7 RTM, di sini satu peluang untuk anda untuk menikmati satu versi penuh 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise.
Microsoft menawarkan 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise untuk pengguna supaya anda boleh menguji perisian dan perkakasan anda pada Windows 7. Ianya dalam kedua-dua versi iaitu 32 bit dan 64bit.

Garis Panduan Untuk Mencuba

  • Back up semua data dan jangan test pada komputer rasmi atau pejabat anda (nanti kalau jadi apa-apa Bos marah)
  • Anda perlu activate dalam masa 10 hari selepas install. Jika tidak, komputer anda akan shut down setiap 1 jam. Camana nak update? KLIK SINI
  • Ini adalah versi penuh Windows 7.
  • Windows ini hanya boleh dipakai selama 90 hari sahaja. Jika tidak ia akan shut down setiap satu jam.
  • Selepas 90 hari jika anda berminat, anda kena beli yang lain dan kena install semula.
Keperluan Sistem Komputer
  • 1 GHz or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
  • 1 GB of RAM (32-bit) / 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available disk space (32-bit) / 20 GB (64-bit)
  • DirectX 9 graphics processor with WDDM 1.0 or higher driver
  • DVD-compatible drive
Tawaran ini berdasarkan "while stocks last", kalau nak cuba cepat2 la DOWNLOAD

No comments: