Friday, October 9, 2009

Avira AntiVir Personal Versi 9 (FREE)



Salam

Pengumuman Penting (chewah...). Avira baru2 ni telah melancarkan Avira AntiVir Personal Versi 9. Ini adalah versi yang terkini. Sebagai pengguna tegar Avira sejak sekian lama, saya sangat gembira. Ini kerana Avira AntiVir Personal ni turut dilengkapi dengan ANTISPYWARE juga secara percuma. Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Ia turut ditambah dengan teknik scan terbaru yang membolehkan ia membuka fail yang ‘berkunci’/locked file serta memeriksa sebarang virus/malware di dalamnya.
Ketika saya menulis entry ini, seramai 961,282 pengguna telah download Avira ni dari laman Download.Com. Yang lebih seronoknya ialah tarikh luput Avira versi 9.0.0.386 adalah pada 1 July 2010, jadi lama la lagi kita boleh guna.

Download

No comments: