Wednesday, November 18, 2009

Scan Virus Online

Salam

Kadang2  komputer  kita dijangkiti virus, tetapi antivirus yang kita ada tidak 
mampu membunuhnya mungkin kerana tidak up to date, tetapi jangan risau. Ada jalan lain kesana....(macam tajuk novel)


Panda Active scan 2.0
Dibuat oleh panda security, memiliki teknologi Collective Intelligence (scanning in-the-cloud) yang dapat mengesan malware ketika sistem pertahanan komputer sedia ada tidak dapat mengesannya, untuk menjalankannya memerlukan  ActiveXcontrol.
Url : http://www.pandasecurity.com/homeusers/solutions/activescan/

Bitdefender Online Scanner
Juga antivirus online yang berkuasa tatapi  hanya di support oleh IE saja.
url : http://www.bitdefender.com/scanner/online/free.html

Kaspersky Lab
Kaspersky juga mempunyai antivirus online, memikili fitur untuk menghilangkan malicious code, memiliki kemampuan mengesan hampir menyerupai produk offlinenya, antivirus online kaspersky memerlukan java untuk dijalankan.
Url : http://www.kaspersky.com/virusscanner

Norton security Scan
Norton security scan mempunyai 2 jenis fitur, download version dan online check, pada download version, kita perlu mendownload program kecil dari norton, program kecil ini nanti berfungsi sebagai penghubung antara komputer dan server norton, sama seperti antivirus online lainnya, melakukan pengesanan secara online, pada versi onlinenya dibagi lagi menjadi 2, security scan dan virus detection, fitur security scan berfungsi untuk mengecek vurnerable pada komputer dari serangan hacker, dan virus detection berfungsi untuk melakukan scanning virus secara online. (Hanya support IE)
Url : http://security.symantec.com/sscv6/WelcomePage.asp

Bagaimana Virus / Malware / Spyware Memasuki Komputer

1. E-mail
Dengan membuka email saja, komputer anda boleh diserang…Lagi2 email yang disertakan dengan attachment..Secara amnya, Virus, Spyware atau Malware tidak boleh serang dengan hanya kita membaca email sahaja..Ia akan menyerang menyelinap masuk ke komputer anda melalui attachment yang disertakan..Anda buka, masuklah dia… Pastikan email tu penghantarnya dari orang yang anda kenali, kalau tak kenal delete jer….
2. Download
Anda yang gemar memuat turun perisian percuma, lagu2 mp3 percuma, permainan komputer percuma dan lain melalui Kazaa, Limewire, Warez atau laman2 web yang menyediakan perkhidmatan download …Kemungkinan besar fail yang anda download tu mempunyai Virus, Spyware dan Malware..Pastikan fail yang anda download tu bukan lah dari 3 benda ini…Jika anda tergolong diantara mereka yang suka mendownload..
3. Klik Pada Iklan
Sekarang ni banyak iklan yang ada…Iklan yang membuatkan anda teruja akan mengklik pada iklan tersebut pun ada..Hati2, bukan semua iklan itu benar…Dengan hanya mengklik sahaja, komputer anda dalam bahaya..Contohnya SmartAntivirus 2009 
4. Install Program Yang Tidak Boleh Dipercayai
Memasang program seperti perisian aplikasi, games2 yang tidak tahu asal usulnya…Pastikan pengeluar program – program nie dari pengeluar – pengeluar yang boleh dipercayai…

5. Melayari Laman Web Lucah/Porno

Selalunya kebanyakkan laman web Porno mengandungi banyak spyware.. Lu fikirlah sendiri..

** terimakasih azumass

Sunday, November 15, 2009

CD Ubuntu Sudah Sampai

Salam


Hari ini (16/10) kiriman yang ditunggu2 sudah sampai. Yaa...  CD Installer Ubuntu 9.10 baru saja sampai dari Belanda (Netherland).


Model terkenal mengambil peluang bergambar kenangan dengan CD Ubuntu.

 
Muka depan sampul kiriman tersebut.

Cop DILEPASKAN oleh Kastam DiRaja Malaysia..menandakan ini barang halal dan selamat.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan salinan Ubuntu 9.10 ni sila hubungi saya.

Delete Google Search History

Memadam secara manual  Google searches (AutoComplete history), kuti langkah berikut:
  1. Open Internet Explorer
  2. From the Tools menu, select Internet Options
  3. Choose the tab labeled General
  4. Under Browser History, select Delete
  5. Next to Form data, choose Delete forms…
  6. Click Yes
Internet Explorer 6:
  1. Open Internet Explorer
  2. From the Tools menu, select Internet Options
  3. Choose the tab labeled Content
  4. Under Personal Information, select Autocomplete
  5. Select Clear Forms
  6. Click Yes
Firefox:
  1. Open Firefox
  2. From the Tools menu, select Options
  3. Choose the tab labeled Privacy
  4. Select Clear now…
  5. Put checkmark next to the box labeled Saved Form and Search History
  6. Click Clear Private Data Now

Memadam Browsing History di Internet Explorer


To clear your cache and browsing history:

1. On the Internet Explorer 6 Tools menu, click Internet Options. The Internet Options box should open to the General tab.

2. On the General tab, in the Temporary Internet Files section, click the Delete Files button. This will delete all the files that are currently stored in your cache.


The Delete Files button

3. Click OK, and then click OK again.

Friday, November 13, 2009

Buang Temporary File Secara Manual

Membuang  Temp file  dalam  Window XP secara manual adalah langkah akhir yang boleh kita buat jika uitliti Windows XP Disk Cleanup gagal membuang  file Temp secara automatik.
Temp file yang banyak akan menggunakan disk space kita dan menyebabkan komputer menjadi perlahan.

Ikuti langkah berikut untuk memadam folder Temp. Hanya mengambil masa 5 minit. 

  1. Klik  StartRun.
  2. Dalam kotak kosong taipkan  %Temp%  dan klik OK. Satu folder yang penuh dengan file dan folder2 akan muncul. Semua file dan folder ini sudah tidak diperlukan lagi oleh Windows XP dan boleh kita delete.
  3. Pilih EDIT kemudian pilih Select All. Tekan kekunci Delete. 
  4. Klik  Yes bila Confirm Multiple File Delete window muncul, jika tidak muncul abaikan langkah ini.

  5. Nota: Klik OK jika ada soalan adakah anda nak delete  hidden files in this folder.
  6. Setelah itu, kosongkan (empty)  Recycle Bin. (Klik kanan pada Recycle Bin dan pilih Empty Recycle
    Bin). Siap....


Yahoo! Messenger 10



Yahoo! baru sahaja melepaskan Yahoo! Messenger 10 versi penuh kepada umum. Pembangun Yahoo! telah membangunkan Yahoo! Messenger 10 ini sejak beberapa bulan yang lepas, dan kini membawakan versi stabil yang mana turut menyokong penuh Windows 7.

Secara asasnya, Yahoo! Messenger 10, masih mengekalkan rekabentuk yang lebih kurang sama seperti Yahoo! Messenger 9, tetapi, beberapa fungsi baru telah ditambah, membuatkan YM kini makin menarik. Salah satu fungsi yang paling dinantikan adalah dimana melalui YM! 10 ini, Yahoo! membolehkan para pengguna membuat panggilan video pada masa-nyata dengan kualiti video dan audio yang bagus. Fungsi panggilan video membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan anda dalam keadaan skrin penuh, dan mengalami pengalaman membuat panggilan video yang menarik sekali.
Selain daripada panggilan video, YM! 10 juga membawakan tab terbaru yang dipanggil sebagai Updates, yang mana diperlihatkan sebelah tab Contatcs. Melalui tab Updates, anda boleh lihat kehidupan sosial rakan-rakan anda, dan kemaskini semasa mereka daripada laman-laman seperti Twitter, Flickr, Last.FM dan banyak lagi. Dengan ini, anda boleh berhubung dengan rapat lagi bersama-sama dengan rakan anda, dan mengikuti perkembangan mereka dengan mudah.
Anda boleh memuat-turun Yahoo! Messenger 10 sekarang, dan mencubanya sendiri.

artikel sumbangan amanz.my  (terima kasih)

Ubuntu 9.10



Ubuntu (cara sebutan = ooo-buntu ) 9.10 telah di release . Distribusi hebat dengan kemampuan yang lebih lancar. Masa boot up time lebih cepat. Proses installasi lebih mudah dan cepat. Juga disediakan quick tour khususnya bagi pengguna baru yang ingin mencuba Ubuntu. Distribusi ini amat2 sesuai untuk pengguna yang ingin berali mencuab Operating Sisitem yang PERCUMA.

Ubuntu boleh anda muat turun di www.ubuntu.com 
Dapatkan manual/ panduan  ubuntu versi Bahasa Melayu   melayubuntu.blogspot.com 

Friday, November 6, 2009

Melajukan Capaian Internet

Cara lajukan internet ini hanya dijurus kepada pengguna Microsoft Windows 98/ME/2K/XP/NT. Kepada pengguna Linux/BeOs/RedHat/Lindows atau yang lain daripada Windows, sila minta bantuan daripada yang pakar di dalam operating system tersebut. Berikut adalah beberapa cara untuk melajukan internet anda..

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong.Bagi Windows 98/ME/2K/ ,default wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss.Jika gunakan wallpaper,terutamanya yang berwarna-warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa di IRC atau semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda..Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet dan juga di IRC!


3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda. Sama juga bagi pengguna yang gemarkan IRC yang ingin dapatkan fastest ping access buka satu IRC client sahaja jangan lebih daripada satu kerana ia akan melaggingkan PC anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembalik jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan..

6. Jika anda menggunakan dialup dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No..Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik dan best setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus..

10. Kurangkan install game didalam PC anda jika mempunyai hard disk yang besar, sama juga kepada yang mempunyai hard disk yang besarĂ¢€¦biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam/lekat/kejung etc.

11. Gunakan Windows 2000 kalau anda inginkan kepantasan internet yang terlaju yang mampu dirempuh oleh sebiji dial-up modem didalam sebuah PC.Tidak kira Windows 2000 versi mana sama ada Server/Professional/Advanced Server ia adalah versi Windows yang menawarkan internet yang terpantas sekali yang pernah saya cuba dan mengalahkan Windows XP ~!

12. Line yang laju dan tidak drop adalah yang tidak lebih daripada 2km.Kalau lebih daripada 2km,data yang lalu daripada line anda mungkin akan drop jadi akan lebih mudah disconnect atau lagging ( lembab ). Jadi kalau yang memang tinggal jauh daripada pencawang atau server telekom di Malaysia dari 2km jadi memang lembab jawabnya, kalau buat semua tips dekat atas itu line anda mungkin hanya akan meningkat dalam 2X ganda daripada yang lama berbanding line yang memang berdekatan dengan pencawang telekom iaitu dalam 6-7X ganda daripada line yang lama..Insya Allah !

13. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang
besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file
yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc.

Saturday, October 31, 2009

Penggunaan OpenOffice Di Sektor Awam

Salam
Posting ini menjawab persoalan sesetengah orang yang kehairanan akan ujudnya OO ni. Malah ada yang berkata tak pernah dengar pun OO ni.
Badan rasmi yg menggerakkan OSS dalam Kerajaan adalah Malaysian Administration Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU) & laman web rasmi utk kegiatan ini adalah http://opensource.mampu.gov.my  dan  http://www.oscc.org.my/ (klik untuk maklumat detail)

PETIKAN AKHBAR
Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.

Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) MAMPU, Tan King Ing.
* * ***************************
Pengguna OpenSource Kerajaan (antaranya)
RTM, Perhilitan, SUK Perak, Balai Seni Lukis Negara, Jabatan Kraftangan, Kastam Selangor, Institut Penilaian Negara (INSPEN, MAMPU, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perdana Menteri dll. Yang terbaru semua PC kat PARLIMEN pun guna Linux Ubuntu bersama OpenOffice..
Senarai Penuh
JPN Terengganu (dah diperkenal keseluruh sekolah di sana) Berita Lanjut

Terkini saya dapat maklumat dari rakan yang sama2 kursus di OSCC baru2 ni PENANG akan guna Openoffice sepenuhnya pada tahun 2011 (dpt jimat RM700,000 untuk kos beli lesen/ Perlis bila lagi???hahaha)

Sekian harap maklum

Friday, October 30, 2009

Quran In OpenOffice (QIOO)


Posting ini saya ambil dan ubahsuai  dari laman sahabat saya di Indonesia.Terimakasih agusw.
Setelah menunggu lama akhirnya ada juga yang berbaik hati membuat Quran in Open Office, sejibik macam Quran In Word. Setelah membaca readme-nya ternyata cukup mudah untuk mengisntall aplikasi ini.

Caranya yaitu download aplikasi tersebut dengan mengunjungi laman QIOO di http://code.google.com/p/qioo kemudian extraklah (klik 2 kali atau guna winzip / winrar / 7zip cthnya).

Kursus OpenSource


eye...saya dan partner2 in crime Syakirin, Juwaidy n marzita baru habis kursus Certified OpenOffice.org and Linux Desktop kat OSCC (Open Source Competency Centre) Cyberjaya. Pada hari terakhir siap ada test lagi. 2 paper kena ambik, amali ngan teori. Fuh berasap jugak... Sapa2 berminat boleh la layari OSCC.

Thursday, October 29, 2009

Tips Berhijrah Ke Openoffice.org

Salam

Saya ada jumpa tips2 yang bagus bagi mereka yang akan berpindah dari Microsoft Office ke OpenOffice yang mantap, hebat, menarik dan yang penting FREE. Cuma tak sempat translate lagi.

Untuk lihat tips klik  disini

Wednesday, October 28, 2009

Lajukan Proses Mula (Startup) OpenOffice

Salam dunia buat semua pengguna Openoffice. Selalunya bila kita mula membuka mana2 aplikasi Openoffice kita terpaksa menunggu agak lama kan! Di sini saya sertakan satu cara untuk melajukan proses tersebut. Tweak yang kita akan buat ini akan memakan memori, oleh itu hanya disyorkan jika komputer anda mempunyai RAM 1Gb ke atas. Jika tidak?? Tambah RAM hehe..
Langkah2:


  1. Start OpenOffice (boleh buka mana-mana aplikasi = Calc, Impress, atau Writer )
  2. Click Tools>Options
  3. Cllick Tab  Memory dan tukarkan nilai berikut:
  • Number of steps: 30
  • Use for Open Office: 128
  • Memory per Object: 20
  • Number of Objects: 20

Lepas tu tutup aplikasi tersebut dan buka semula,  lihatlah dunia...perbezaan masa yang diambil... Selamat Mencuba.

Monday, October 26, 2009

Check Mozilla Firefox Update

Salam, bagi pengguna Firefox, anda wajib update pluhin yang anda guna agar sentiasa updated. kenapa?? Sebab plugin yang outdated boleh digunakan oleh penjahat2 sebagai laluan untuk mencuri maklumat atau mencoroboh komputer anda tanpa anda sedari.

Why should I update my Plugins?
  • Old Plugins can interrupt browsing and waste your time.
  • Old Plugins increase your risk for attack by malware, viruses, and other security threats.
  • Updated Plugins have improvements that make the web better and safer for you.

Lawati  http://www.mozilla.com/en-US/plugincheck/

Laman tu akan senaraikan plugin anda yang out of date, anda hanya perlu klik pada butang UPDATE sahaja.

Tiada Update Minggu Ini

Maaf tiada update minggu ni (26-30 Okt) , saya berkursus
Certified OpenOffice & Linux Desktop
di OSCC Cyberjaya

Friday, October 23, 2009

Yahoo Messenger Kena Block??

Jangan susah, gunakan klien multi-IM yang berdasarkan web iaitu  imo.im. Imo ni menyokong
MSN, Yahoo, ICQ, Google Talk, MySpace, Skype, dan Facebook. Anda juga boleh download client desktop Imo ni jika tidak mahu menggunakan laman webnya.

Laman web imo.im

LunaScape5 : Web Browser Baru

Selain dari Internet Explorer ramai jugak yang gunakan Mozilla Firefox,Opera dan Safari untuk melayari internet. Hari ni saya nak maklumkan satu lagi pelayar yang powerful iaitu LunaScape 5. LunaScape 5 ni menggunakan 3 enjin iaitu  Trident + Gecko + Webki. Apa tu?? Lihat perbandingan ini:
  • IE menggunakan Trident
  • Firefox menggunakan Gecko
  • Chrome dan Safari menggunakan Webkit
Walaupun menggunakan 3 enjin, LunaScape ni lebih laju.


Lihat rajah perbandingan ini.

Bagi mereka yang menggunakan Connection yang slow seperti Dial UP( ada lagi ka orang pakai Dial Up ni??) dicadangkan guna Standard Installer dan bagi yang guna Broadband gunakan  Extended installer.
Tunggu apa lagi. 
Download DI SINI.

 

Sunday, October 18, 2009

Download Dari RapidShare Tanpa Premium Akaun


JDownloader adalah  opensource, dan diprogramkan sepenuhnya menggunakan Java. Ia memudahkan proses muaturun dari ' One-Click-Hosters' macam Rapidshare.com - bukan hanya untuk mereka yang ada premium account tetapi juga untuk mereka yang tidak membayar. Ia menawarkan muaturun berbilang saluran ( multiple paralell streams), tidak perlu menaip kod (captcha recognition), ekstrak fail secara  automatic dan banyak lagi. Dan yang pentingnya, macam biasa... ia FREE. Anda juga boleh menggunakannya untuk muaturun dari Megaupload, Hotfile dan Netload

Download software kat sini http://jdownloader.org/

Tutorial langkah demi langkah

Saturday, October 17, 2009

Ms Office (RM!!) vs OpenOffice (FREE!!)

Salam

Lagi tentang OpenSource he..he.. Kali ini saya nak kongsi tentang satu perisian yang boleh dikatakan WAJIB ada dalam PC/Notebook kita iaitu Perisian Pejabat yakni Microsoft Office. Kalau takdak dia ni, tak bolehlah kita nak buat kerja. Kalau kita beli PC baru dan tidak dipakejkan sekali Microsoft Office ni, terpaksalah kita membeli (atau pakai yang "CetakRompak/Pirate/Haram" ) dan Install dalam PC kita. Berapa harganya??

Friday, October 16, 2009

PERISIAN OPEN SOURCE

Kalau anda perasan, semua artikel mengenai Perisian yang saya promote dalam blog saya ni adalah dari kumpulan FREEWARE yang berdasarkan kepada Sumber Terbuka (Open Source). Apa itu Open Source??

Sebelum saya menjelaskan tentang open source saya akan menjelaskan pengertian source. Source adalah perintah-perintah yang digunakan untuk membuat aplikasi(software). Jadi open source adalah source yang terbuka. Maksudnya bila kita dapat mengetahui source pengaturcara suatu software maka itu disebut open source. Tapi tidak cukup dengan hanya mengetahui saja tapi kita bebas menggunakan, mengembangkan, menyebarluaskan atau menggandakan aplikasi tersebut tanpa harus membayar royalti atau lesen kepada pembuat aplikasi tersebut.

Thursday, October 15, 2009

Tukar Size Gambar

Image Resizer Clone Powertoy
ialah satu aplikasi percuma menukar saiz gambar. Anda boleh menukar satu atau lebih (bulk) gambar pada satu-satu masa. Ia direka dengan meniru fungsi Microsoft Image Resizer Powertoy untuk Windows XP. Perisian ini boleh diguna pada Windows Vista, 7 dan semua 64 bit Windows OS.
Cara menggunakannya sanganlah MUDAH. Anda hanya perlu klik kanan (right click) pada gambar dan pilih "Resize Pictures". Ikuti Contoh bergambar dibawah:}



ANda boleh mencuba size yang dotawarkan sehingga sesuai dengan keperluan anda.

Download Freeware ini. (Satu lagi Keluaran Open Source)

Monday, October 12, 2009

Pencuci PC Yang Berkuasa

Sebenarnya apabila telah lama kita gunakan PC kita, wujud banyak fail2 yang tidak perlu tanpa kita ketahui (temporary file).

Apakah itu temporary file?


Melajukan Komputer (Windows)

Salah satu cara mudah melajukan windows adalah dengan mempercepatkan proses Swapfile.
Jika anda memiliki RAM lebih besar dari 256MB, berani saya katakan (saya dah buat) tweaking(ejas) ini akan membuat sistem anda beroperasi lebih cepat. Tweaking ini pada dasarnya mengarahkan PC kita menggunakan setiap byte dari memori fizikal yg terpasang di komputer kita, SEBELUM mengunakan swap file. Caranya:

Vista, Windows 7 atau Ubuntu?


Ada sorang anak murid (pijoyz) tanya mana best antara ketiga2 OS tu. Nak jawab panjang tapi letakkan link kat sini. Klik link dibawah untuk baca ya..

benchmarked-ubuntu-vs-vista-vs-windows-7
== (English tapi banyak gambarajah utk senang faham)

asas-asas-ubuntu-perbandingan-dengan.html
windows-vista-termasuk-dalam-top-ten
perbandingan vista dan Ubuntu
perbandingan-sistem-operasi
== B Melayu

Sunday, October 11, 2009

Revo Uninstaller: Uninstall Program Dengan Sepenuhnya

Windows menyediakan cara yang mudah untuk uninstall sesuatu program, iaitu melalui Start Menu > Control Panel > Add or Remove Programs. Namun cara ini tidak dapat membuang program itu sepenuhnya. Ini kerana apabila Windows uninstall program tersebut, ia akan meninggalkan registry serta fail-fail yang tidak berguna di dalam hard disk. Semakin banyak registry serta fail sampah ini, komputer akan menjadi semakin lembab.

revo-01

Revo Uninstaller dapat membantu anda untuk mengatasi masalah ini. Revo Uninstaller bukan sahaja dapat uninstall sesuatu software, malah ia akan membuang segala fail, folder, serta registry yang ditinggalkan oleh software tersebut. Dengan cara ini, komputer anda akan lebih bersih dari sampah-sarap yang ditinggalkan oleh perisian-perisian itu.

dapatkan revouninstaller

Tutorial Penuh di sembangkomputer (Tkasih)

Senaman Buat Penunggu Setia Komputer

Anda pengguna komputer 'hardcore"? Menghabiskan masa berjam-jam menggunakan komputer? Jika ya, senaman dibawah penting untuk anda untuk mengelakkan sakit urat atau 'stress'.....Badan Sihat Otak Cerdas Akai Jenuh........ Lakukan senaman ini selama 4 minit, setiap 1, 2 atau 3 jam selepas menggunakan komputer. atau lakukan nya sekiranya anda sudah berasa letih. InsyaAllah anda akan cergas kembali.



Friday, October 9, 2009

Capture Gambar Dengan Mudah dan Cepat dengan MWSnap.


Jika anda sering berurusan dengan penangkapan gambar di screen atau capture. Freeware ini mungkin patut anda guna. Saya sendiri telah bertahun menggunakannya terutama ketika menyediakan tutorial . Biasanya pengguna gunakan PrintScreen untuk menangkap keseluruhan gambar yang ada di layar monitor, dan Alt+PrintScreen untuk menangkap sebuah jendela yang sedang aktive, tetapi freeware ini memberikan lebih banyak pilihan. Saya tidak bercadang untuk membuat tutorial MWSnap di sini tetapi saya akan link kan ke tutorial (simple dan senang difahami) yang saya jumpa.

Sila download dahulu : MWSnap atau MWSnap

Tutorial : Tutorial 1 Tutorial 2

Test Drive Windows 7 Percuma 90 Hari

Sana sini di kalangan techie komputer sedang berbuih-buih mulut dok bercerita tentang Windows 7. Anda tahu Windows 7?? Tak tahu?? Hehe..anda tahu lah anda dalam kumpulan mana dalam dunia IT ni. Okey, pada 22 Oktober ni Microsoft akan melancarkan Windows baru iaitu Windows 7 (seven bukan seben).
Kalau anda belum lagi mempunyai atau menggunakan Windows 7 RTM, di sini satu peluang untuk anda untuk menikmati satu versi penuh 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise.
Microsoft menawarkan 90 hari versi percubaan Windows 7 Enterprise untuk pengguna supaya anda boleh menguji perisian dan perkakasan anda pada Windows 7. Ianya dalam kedua-dua versi iaitu 32 bit dan 64bit.

Garis Panduan Untuk Mencuba

  • Back up semua data dan jangan test pada komputer rasmi atau pejabat anda (nanti kalau jadi apa-apa Bos marah)
  • Anda perlu activate dalam masa 10 hari selepas install. Jika tidak, komputer anda akan shut down setiap 1 jam. Camana nak update? KLIK SINI
  • Ini adalah versi penuh Windows 7.
  • Windows ini hanya boleh dipakai selama 90 hari sahaja. Jika tidak ia akan shut down setiap satu jam.
  • Selepas 90 hari jika anda berminat, anda kena beli yang lain dan kena install semula.
Keperluan Sistem Komputer
  • 1 GHz or faster 32-bit (x86) or 64-bit (x64) processor
  • 1 GB of RAM (32-bit) / 2 GB RAM (64-bit)
  • 16 GB available disk space (32-bit) / 20 GB (64-bit)
  • DirectX 9 graphics processor with WDDM 1.0 or higher driver
  • DVD-compatible drive
Tawaran ini berdasarkan "while stocks last", kalau nak cuba cepat2 la DOWNLOAD

Avira AntiVir Personal Versi 9 (FREE)



Salam

Pengumuman Penting (chewah...). Avira baru2 ni telah melancarkan Avira AntiVir Personal Versi 9. Ini adalah versi yang terkini. Sebagai pengguna tegar Avira sejak sekian lama, saya sangat gembira. Ini kerana Avira AntiVir Personal ni turut dilengkapi dengan ANTISPYWARE juga secara percuma. Avira juga turut memperkenalkan pembuangan virus dalam satu klik – di mana apabila satu-satu jenis virus dikesan, anda boleh memilih tindakan apakah yang perlu dibuat bagi kesemua jenis virus yang sama sekiranya dikesan lagi. Ia turut ditambah dengan teknik scan terbaru yang membolehkan ia membuka fail yang ‘berkunci’/locked file serta memeriksa sebarang virus/malware di dalamnya.
Ketika saya menulis entry ini, seramai 961,282 pengguna telah download Avira ni dari laman Download.Com. Yang lebih seronoknya ialah tarikh luput Avira versi 9.0.0.386 adalah pada 1 July 2010, jadi lama la lagi kita boleh guna.

Download

Microsoft Security Essentials

Setelah ditunggu sekian lama, hari ini Microsoft secara rasminya melepaskan Microsoft Security Essentials, yang mana dahulunya dikenali sebagai Morro. Melalui aplikasi Security Essentials, Microsoft membolehkan komputer para pengguna dilindungi daripada virus, spyware dan malware secara percuma.

Aplikasi terbaru daripada Microsoft ini menyediakan fungsi perlindungan sekuriti asas untuk setiap komputer yang menggunakan Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma. Pendek kata, Security Essentials ini boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi antivirus versi ringan.

Microsoft Security Essentials
Antaramuka Security Essentials

Microsoft Security Essentials menggunakan fungsi masa-nyata untuk melindungi komputer, selain menjalankan segala proses menggunakan tenaga minimum (Jimat Memori).

Microsoft Security Essentials boleh di DOWNLOAD dan digunakan pada komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP, Vista dan Windows 7 secara percuma.

thanx: amanz

Thursday, October 8, 2009

Windows Genuine Advantage Notifications

Windows Genuine Advantage Notifications
Anda ada masalah dengan windows genuine advantage notifications? Anda tentu tercari-cari cara untuk membuangnya. Terdapat beberapa cara untuk membuangnya. Anda boleh muat turun program RemoveWGA untuk melakukan proses pembuangan windows genuine advantage notifications.

Macam mana nak buang?

1. Download WGA removal software. KLik Sini!
2. Lepas download ,buka software tu.
3. Tekan Yes ja.
4. Reboot PC. Tengok samada masih ada atau telah hilang.

Tetapi kaedah tersebut kadang kala tidak berjaya. Di sini ada kaedah alternatif untuk membuang windows genuine advantage notifications.

  1. Buka My Computer.
  2. Buka drive C: \
  3. Buka folder Windows.
  4. Buka folder System32
  5. Buang file wgatray.exe dan wgatray tanpa .exe
  6. Buang juga folder KB905474.
  7. Klik pula Start dan klik RUN
  8. Taip pada run REGEDIT
  9. Kemudian pergi ke

HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon\Notify

10. Buang folder wgalogon dan kandungannya sekali.

11. Restart komputer anda.

ps.. Gunalah software yang original atau bertukar ke Open Source (Linux)

Photoshop Tutorial (B Melayu)


Salam,


Ramai orang berminat dengan photoshop, tambah2 bila mereka tengok hasil editing gambar dengan photoshop. Ni saya ada jumpa satu tutorial asas dan yang pentingnya dalam bahasa melayu (dalam bahasa inggeris kan berlambak kat internet...cari sendiri no..). Tutorial ni hanya untuk kumpulan saya budak baru belajar saja, untuk expert dan novice tak perlu lah.

Klik dan download dari sini dan sini juga.

ps.. esok dan lusa / 10-11 Okt ada Cub Prix kat stadium utama, jom layaaannn.... (pssttt....ada awek pegang payung tauu..)

Perisian PERCUMA (Open Source)

Salam Sejahtera

Hari ni saya nak bagitau pasal perisian OPEN SOURCE. Semua perisian geng open source ni sememangnya percuma, tidak perlu lesen, tidak perlu beli dan fungsinya sama dengan yang berbayar, malahan kadang2 lebih baik dari yang kita kena beli. No adware, no spyware, just good software.Kenapa ianya Percuma???? Ini kerana perisian2 ini dibangunkan oleh mereka2 yang anti syarikat2 besar yang memonopoli cthnya syarikat yang dimiliki oleh B*ll Pagar. Dlm kurungan adalah contoh Perisian yang berbayar.

Wednesday, October 7, 2009

PERISIAN BURN CD PERCUMA



CDBurnerXP adalah sebuah software Burning CD/DVD yang fungsinya sama dengan Nero, bagi anda yang selalu membuat kerja-kerja mengeBURN CD atau DVD pasti kenal software ni. Nero ni user Friendly (mudah digunakan), tapi satu kelemahan kelemahan nero ni ialah saiznya sangat besar. Saiz Nero Burning Rom 9.2.6.0 yang terbaru adalah 382.01 Mb.

Sebagai alternatif anda boleh menggunakan Software CDBurnerXP yang ukuran filenya cuma 3.05 Mb, kelebihan software ini adalah selain Freeware(Free la tu) CDBurnerXP juga dapat digunakan untuk mengeburn CD/DVD, Blu Ray, HD-DVDs atau juga file ISO dan File Multimedia yang lain. CDBurnerXP juga support di Windows 2000/XP/2003 Server/Vista/Windows7.

Untuk maklumat lebih detail sila lawati http://www.cdburnerxp.se

Untuk merembat software ni pulak klik sini

p.s. dah install software ni bolehla anda uninstall Nero yang besar saiznya tu secara tak langsung anda dah dapat jimat ruangan harddisk anda

Selamatkan Pendrive

Panda USB Vaccine merupakan sebuah perisian ringkas (USBVaccine.exe) dari syarikat Panda Security untuk melindungi Pendrive/Thumbdrive dari menjadi agen penyebar malware dan virus.

Panda USB Vaccine membantu pengguna memusnahkan fungsi fail Autorun sama ada di PC / Laptop dan di pendrive. Oleh yang demikian, secara tidak langsung ancaman malware tidak akan merebak ke medium-medium tersebut.

Nak ke program percuma ni??

Anda boleh memuat turun perisian ini secara PERCUMA di URL : [klik]

SELAMATKAN PENDRIVE DAN KOMPUTER ANDA..JANGAN JADI AGEN PENYEBAR VIRUS / MALWARE /SPYWARE

jadilah agen lain (agen jualan langsung ke, agen insuran ke ataupun agen KGB, CIA ke...)

Defragment Komputer Dengan Laju


Seperti anda ketahui salah satu cara mempercepat komputer adalah dengan melakukan defrag macam tips yang sebelum ni. Defrag berfungsi menata dan menguruskan file-file harddisk berdasarkan jenis file untuk mempermudahkan komputer melakukan proses read/write. Sebenarnya windows sudah menyediakan tool defrag sendiri , untuk mencapainya klik Start > Program > Accesories > System Tool > Disk Defragmenter, namun tools dari Windows tersebuat hanya untuk drive hardisk bukan untuk defrag file atau folder padahal dengan melakukan defrag file atau folder akan mempercepat proses kerja hardisk itu sendiri.

Ada alternatif lain sebenarnya, yaitu dengan menggunakan tools yang bernama Defraggler, selain percuma (freeware) tools ini mempunyai banyak kelebihan, antara lain dapat Defrag Individual File, Defrag Free Space, Locate Files on the Drive dan juga support untuk Windows Vista. Selain itu prosesnya lebih cepat sebab hanya

OS : Windows 2000, XP, Vista
Saiz : 6 MB

Download

Melajukan PC anda.

Beberapa kaedah mudah untuk membuat PC anda laju daripada apa yang anda ada. Anda perlu tukar CPU, papan induk (motherboard) dan tambah memori. Segalanya mengikut kemampuan kewangan anda(Perlukan duit tu..). Namun terdapat beberapa petua asas untuk melajukan PC tanpa menukar hardware. Cara-caranya ialah penggunan perisian penghalang Spyware dan Adware, penggunaan perisian antivirus, mengurangkan Startup, penggunaan Defrag, penggunaan ScanDisk, penggunaan perisian percuma yang penting dan kemaskini Windows dan Driver.

1 Penggunaan perisian penghalang Spyware dan Adware
2 Penggunaan perisian antivirus
3 Mengurangkan Startup
4 Penggunaan Defrag
5 Penggunaan Scandisk
6 Penggunaan perisian percuma yang penting
7 Kemaskini Windows dan Driver