Saturday, October 17, 2009

Ms Office (RM!!) vs OpenOffice (FREE!!)

Salam

Lagi tentang OpenSource he..he.. Kali ini saya nak kongsi tentang satu perisian yang boleh dikatakan WAJIB ada dalam PC/Notebook kita iaitu Perisian Pejabat yakni Microsoft Office. Kalau takdak dia ni, tak bolehlah kita nak buat kerja. Kalau kita beli PC baru dan tidak dipakejkan sekali Microsoft Office ni, terpaksalah kita membeli (atau pakai yang "CetakRompak/Pirate/Haram" ) dan Install dalam PC kita. Berapa harganya??




MS Office 2000 SBE = RM690
MS Office 2000 Pro (OFFER) = RM1850
MS Office 2000 Premium = RM2690
MS Office XP SBE = RM690
MS Office XP Standard = RM1450
MS Office XP Professional = RM1680 (ada tempat yang lebih mahal)

Di sini ada alternatif untuk kita, PERCUMA


OpenOffice.Org merupakan salah satu pilihan kepada pelbagai perisian pejabat. Ia adalah gabungan yang berkaitan bagi tujuan pemprosesan perkataan (word processing) , laman lebaran (spreadsheet), paparan (slide) dan pangkalan data. Ia setara dengan perisian pejabat Microsoft Office.

Mengapa OpenOffice.Org ?

> Ia Percuma dan Halal

> Ringan. Saiz fail kecil (+- 160 MB )

>Boleh di install pada kebanyakan Windows iaitu Windows 98,ME, XP & Vista.
> Dengan Pelesenan Sumber Terbuka yang bebas dan tanpa apa-apa bayaran untuk lesen penggunaan. OpenOffice.Org boleh dimuat turun, disalin, dipasang dan disebarkan tanpa sekatan perlesenan yang terhad.
> Ia adalah perisian pelbagai dalam satu. Semua keperluan pejabat sama ada untuk dokumen, menyediakan graf, menyediakan presentation, pangkalan data dan pelbagai tujuan. Sama seperti Microsoft Office.
> Perkara paling penting, OpenOffice.Org boleh membaca dan menyimpan dalam format Microsoft Office seperti DOC, XLS, PPT dan fail-fail yang dihasilkan oleh Microsoft Office sama ada versi lama atau yang terbaru.
> Dengan OpenOffice.Org, dokumen boleh disimpan terus dalam bentuk PDF tanpa memerlukan apa-apa Converter atau Perisian Adobe Acrobat contohnya.
> OpenOffice.Org boleh menyimpan data dalam bentuk XML, Perisian pertama dalam kelasnya. Ini membolehkan fail-fail OpenOffice.Org dibaca oleh perisian-perisian lain bagi tujuan perkongsian data.

> OpenOffice.Org didatangkan dengan sistem bantuan (help) yang boleh membantu pengguna yang baru dalam mempelajari penggunaan OpenOffice.Org. yang tidak banyak bezanya apabila dibandingkan dengan perisian pejabat yang popular. Dengan ini proses peralihan adalah mudah dan tidak mengambil masa.


Sila Klik Gambar Untuk Lebih Jelas.

Panduan :
1. Download
2. Install
3. Guna
4. Rujuk HELP (tekan F1) jika ada masalah
5. Sebarkan kepada rakan, saudara-mara, guru-guru, adik-beradik, awek, balak, musuh dan sesiapa sahaja.

Dapatkannya DISINI atau DISINI atau DISINI atau DISINI

No comments: