Wednesday, October 7, 2009

Melajukan PC anda.

Beberapa kaedah mudah untuk membuat PC anda laju daripada apa yang anda ada. Anda perlu tukar CPU, papan induk (motherboard) dan tambah memori. Segalanya mengikut kemampuan kewangan anda(Perlukan duit tu..). Namun terdapat beberapa petua asas untuk melajukan PC tanpa menukar hardware. Cara-caranya ialah penggunan perisian penghalang Spyware dan Adware, penggunaan perisian antivirus, mengurangkan Startup, penggunaan Defrag, penggunaan ScanDisk, penggunaan perisian percuma yang penting dan kemaskini Windows dan Driver.

1 Penggunaan perisian penghalang Spyware dan Adware
2 Penggunaan perisian antivirus
3 Mengurangkan Startup
4 Penggunaan Defrag
5 Penggunaan Scandisk
6 Penggunaan perisian percuma yang penting
7 Kemaskini Windows dan Driver





1.Penggunaan perisian penghalang Spyware dan Adware
Kehadiran Adware dan Spyware memang menyusahkan, malah ada diantaranya ditanam dalam komputer tanpa disedari. Adware atau Spyware datang dari emel, laman web dan juga perisian yang kita muatturun serta beberpaa sumberlain lagi. Untuk itu, anda boleh dapatkan perisian Ad-Ware6, yang boleh didapati daripada http://www.lavasoftusa.com/support/download/ . Perisian ini percuma jika anda tidak menggunakan secara komersial.


2.Penggunaan perisian antivirus
Perisian antivirus adalah penting untuk digunakan dalam pc walaupun tidak menggunakan pc unutk melayari internet. Tetapi kebiasaannya pc memang boleh digunakan untuk melayari internet. Saya syorkan anda gunakan Avira Free Edition, boleh download kat sini.

3.Melajukan Startup
Jika terdapat banyak perisian yang dijalankan latar belakang windows ia pasti melambatkan komputer anda secara mendadak. Anda boleh melihat jumlah perisian yang digunakan pada jumlah ikon yang terdapat pada bawah kiri skrin anda. Tetapi ada juga perisian yang sedang berjalan dan tidak disenaraikan. Berikut adalah langlah-langkah untuk mengurangkan jumlah Startup dalam WinXP.
1 – Klik Start dan kemudian RUN.
2 – Taipkan MSCONFIG dan klik OK
3 – klik pada SELECTIVE STARTUP, buangkan tanda rait pada LOAD STARTUP ITEMS dan klik OK.
Ia akan dihentikan apabila anda reboot pc semula.


4.Penggunaan Defrag
Untuk membuatkan komputer berjalan dengan baik, adalah penting untuk selenggara komputer dengan berkala terutama kepada cakera keras. Senggaraan pada cakera dilakukan dengan penggunaan Defrag iaitu sebuah proses yang digunakan untuk menyusun semula storan fail pada cakera supaya ia tidak bersepah pada permukaan cakera. Anda boleh guna defragmenter yang sedia ada dalam pc tapi kurang best. Saya syorkan anda gunaUltraDefrag. Yang ni adalah open source( free le tu..hehe). Boleh download kat sini. Nak tahu lebih lanjut masuk website dia.

5.Penggunaan Scandisk
Selain dari Defrag, Scandisk juga boleh digunakan untk senggara cakera keras. Scandisk harus dijalankan sebulan sekali. Scandisk adalah proses untuk memeriksa cakera keras secara fizikal. Ia boleh dijalankan dengan dwi-klik pada MyComputer, kemudian klik kanan pada pemacu C: dan pilih Properties daripada senarai yang muncul. Pergi ke pilihan Tools dan kemudian Check Now yang terdapat pada ruang Error-Checking, Scandisk akan beroperasi beberapa jam.


6.Penggunaan perisian yang penting (untuk yang agak expert)
Terdapat beberapa perisian seperti TuneUp Utilities 2009 (http://www.tune-up.com/), Tweak-XP Pro(http://www.totalidea.com/),Advance System Care (http://www.iobit.com/), Xteq X-Setup (http://www.xteq.com/) dan WinPatrol (http://www.winpat-rol.com/). Perisian-perisian di atas adalah untuk mengendalikan memori, cakera keras, keseluruhan sistem, pengendalian ruang kerja dalam memori dan juga pengendalian penggunaan perisian yang kurang penting.


7.Kemaskini Windows dan Driver
Windows adalah sistem pengoperasian yang perlu dikemaskini dari masa ke semasa untuk memantapkan dan memberi perlindungan kepada sistem komputer anda. Layari http://www.windowsupdate.com/ untuk mendapatkan senarai pengemaskinian yang anda perlukan. Di mana ia akan melakukan pemeriksaan dan menyediakan senarai keperluan anda. Dapatkan kemaskini secara automatik, jika tiada sambungan internet boleh diperolehi dari fail-fail pengemaskini daripada rakan dan salinkannya ke dalam CD. Kemaskini Driver untuk sebarang peranti yang dipasang kepada komputer seperti kad bunyi, kad grafik, mungkin juga pencetak dan perisian kamera digital atau pengimbas. Dapatkan maklumat terkini daripada laman-laman pengeluar peranti yang digunakan untuk mengelak masalah kepada sistem komputer anda.


Diubahsuai dari Majalah PC keluaran Mac 2007

No comments: